Promosi NADI @ Program Hari Terbuka Putrajaya 2025
10 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 09 Februari 2025 (Ahad) – NADI Putrajaya telah menyertai Program Hari Terbuka Putrajaya 2025 yang telah diadakan untuk kali ke-4.Terdapat pameran daripada pelbagai agensi dan perbankan, karnival kerjaya, jualan dan pelbagai aktiviti lain yang menarik. Program ini diadakan selama 4 hari bermula 6 – 9 Februari 2025 bertempat di Dataran Putrajaya Presint 3
Petugas NADI Presint 9 Fasa 3, Puan Sarahhaziqah Binti Usoldin telah dijemput untuk memberi taklimat mengenai NADI dan KDB menerusi slot Pocket Talk - Sesi Interaktif MCMC. Puan Sarah memperkenalkan fungsi dan peranan NADI kepada komuniti, mempromosi perkhidmatan serta latihan/kursus yang disediakan oleh NADI. Beliau juga turut berkongsi maklumat mengenai oversharing dan diakhir sesi, diadakan pop kuiz untuk komuniti yang hadir. Petugas NADI di Booth juga membuka ruangan untuk komuniti yang hadir untuk mendaftar keahlian secara percuma dan komuniti diberi penerangan lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan latihan/kursus yang ditawarkan oleh NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: